LISA MUDIANA MUDIN

Kita Sayang Awak Lisa, Forever. Jika Awak Sudi, Kita Ingin Mengambil Awak Jadi Ratu Hati Kita.

Sunday, June 12, 2011

Memang Betul

Memang betul apa yang kau sangka
Aku maseh sukakan kau

Memang betul apa yang fikir
Aku maseh kasehkan kau

Memang betul apa yang kau rasa
Aku masih sayangkan kau

Memang betul apa yang kau kata
Aku masih mahukan kau

Friday, June 03, 2011

Bila Lidah Tanpa Suara

Pada hari ini
Jika kau lihat pada wajahku
Ia berbicara kaseh tanpa suara
Pancaindera untuk berkata
Aku sayang pada mu

Bukan pada lidah lagi
Kerana ia terlafaz pada sinar mata,
Ia terbukti pada getar nafas,
Ia terlindung pada ketap bibir,
Ia tersembunyi dalam kalbu yang bergelora
Ia terzahir pada genang air mata

Mengapa harus berdusta
Pada diriku dan dirimu yang punyai jiwa dan raga
Mengapa harus memaksa
Sedangkan telah ditakdirkan
Mengapa harus curiga
Hanya kerana bisik-bisik membawa sirna

Kau lihatlah kalau kau mampu
Dengan matahati kau
Betapa hebat kaseh sayangku pada mu
Ku harap kau sudi menerima ku jua
Agar perpisahan ini hanya sementara
Bertemu kembali di alam syurga.