LISA MUDIANA MUDIN

Kita Sayang Awak Lisa, Forever. Jika Awak Sudi, Kita Ingin Mengambil Awak Jadi Ratu Hati Kita.

Thursday, March 22, 2007

Hidupku

Ku ingin dirimu tahu
Dari hati yang terdalam
Aku merinduimu
Sentiasa...

Adakah kau rasakan
Kasih sayang dan kerinduan ini
Hanya untukmu…
Hanya untukmu…

Terasa perit dan jerihnya
Hidup tanpa mu
Memang aku tak mampu
Hidupku tanpa mu

Indahnya dirimu bagiku
Mahu aku jadikan kau milikku
Kan ku peluk selalu
Dan takkan ku lepaskan
Kerana kau kasihku

Gelora badai mendatang
Gunung ganang bergocang
Kau tetap milikku
Kerana kasihku

Untukmu segalanya
Kan ku berikan padamu
Hanya ingin dirimu dan dirimu

Tuesday, March 20, 2007

Kau Milikku


Kini bukan rahsia lagi
Antara kau dan aku
Betapa aku memerlukan mu
Betapa aku inginkan mu
Betapa aku sangat mahu memiliki mu

Redakanlah jiwaku
Ingin ku dengar dari hati mu
Katakan kau milikku
Dan hanya milikku
Ucapkanlah kata-kata itu
Supaya jiwa ku tenang

Jangan pernah ragu
Suratan takdir menentukan
Janjilah kau milikku
Hanya untuk ku

Hidupku ingin memilikmu
Menyayang mu
Hanya dirimu dan dirimu

Thursday, March 08, 2007

Kitab Purba

Duhai Ichahku
Duhai sayangku
Duhai belahan jiwaku
Inginku khabarkan
Satu rahsia antara kita berdua
Yang tersurat dalam kitab purba
Di zaman azali sebelum kita ada

Harumnya cinta kasih sayangku
Semerbak wangi dunia akhirat
Suci bersih dari onak dan duri
Suci bersih dari dosa dan noda
Hanya istimewa untuk mu sayangku

Berirama merdu cinta kasih
Untukmu wahai juwita hatiku
Bersulamkan cahaya rindu
Nyanyian merdu mengasyikkan
Membelai dua jiwa nan satu
Bertakhtakan cinta nan kudus
Dalam mahligai kasih sayang
Kau milikku
Bahagia bersamamu Lisa Mudiana

Tuesday, March 06, 2007

Ichah Sayangku

Wahai Ichah sayangku
Wahai jantung hatiku
Hadir mu dalam hidup ku
Membawakan cetusan sinar
Sinaran cinta kasih segar
Di jambangan hati

Dan kini rindu ku
Sering datang untuk bertemu
Apakah kau merasakannya
Tentang rinduku yang tak hilang-hilang
Bagaimana geloranya
Dan bahangnya di jiwa
Hingga tak tertanggung rasanya di hati


Sehebat mana gelombang kasih ini
Walau pun seribu tahun melanda
Aku tetap tabah
Walau bermusafir di tampuk laut
Kerana aku inginkan keramahan berkekalan
Kerana aku sentiasa menerimamu

Monday, March 05, 2007

Tsunami

Wahai Lisa Mudiana
Kaulah ratu hatiku
Kasih sayangku pada mu
Bergelora rindu di hati
Gelombangnya menggunung
Bak tsunami menghempas pantai hati
Tanpa reda

Tolonglah aku
Redakanlah aku
Kerana cintaku ini
Rinduku ini
Seperti satu wabak
Menyerang hatiku
Tanpa hentinya

Kaulah penawarnya
Wahai sayangku

Friday, March 02, 2007

Perdu Hati

Sesekali air menitis di perdu hati
Sendu yang tak tertahan
Kerana hasratku yang terpendam
Terkubur di lubuk hati
Entah bila nafas kehidupan
Berirama merdu yang berpanjangan

Wahai pujaan hatiku
Berilah aku kasih sayang mu
Berilah aku belaian mesramu
Kegilaanku padamu tanpa sempadan
Merentasi gelora dan gelombang kasih
Walau jiwa sesak oleh badai kehidupan
Menanti berserapah pada rindu
Menanti berserapah pada kasih sayang

Panorama

Panorama kebisuanmu bertahun di dadaku
Namun kesadaranku padamu sentiasa menjelma
Sukmaku merenungi wajah mu
Tanpa berkelip
Oh bergetar di dadaku
Walaupun engkau masih membisu

Adakah aku akan terkubur ...
Hidup-hidup di dataran cinta kasih padamu
Atau menderita seribu tangisan
Di jurang-jurang galaksi kehidupan terjauh

Duhai ratu hatiku
Penantianku tetap teguh
Biarlah ribuan ombak ajal mendatang
Namun
Kau senantiasa bersamaku
Tetap setia di hatiku
Oh Lisa Mudiana
Aku sangat sayang padamu

Thursday, March 01, 2007

Mengapa

Lisa Mudiana
Aku masih menyayangimu
Entah mengapa
Hatiku tetap sayang pada mu
Engkau masih dalam ingatanku
Wajahmu masih terbayang bayang
Adohai
Mengapakah ini terjadi padaku

Dan coretan ini
Hanya aku lakarkan
Untuk ku
Buat penawar rinduku
Padamu