LISA MUDIANA MUDIN

Kita Sayang Awak Lisa, Forever. Jika Awak Sudi, Kita Ingin Mengambil Awak Jadi Ratu Hati Kita.

Tuesday, January 23, 2007

Wahai Hatiku


Wahai hatiku yang rindu
Wahai hatiku yang pengasih
Wahai hatiku yang penyayang
Wahai hatiku yang teringat-ingat
Wahai Lisa Mudiana

Aku tidak lupa
Bukan juga alpa
Engkau sudah berpunya
Tapi
Hatiku tetap serupa
Mengasihi dan menyayangimu
Seperti dulu-dulu jua

Wahai permata hatiku
Wahai belahan jiwaku
Kerana kasih aku nasihatkan
Kerana sayang aku peringatkan
Jagalah dirimu dari noda dan dosa
Taatlah kepada suamimu
Seolah-olah kau dengar
Perintah taat itu datang dari Tuhanmu
Kerana apabila kau sedemikian rupa
Sesungguhnya kau telah taat
Kepada perintah Allah dan Rasulnya.

Dari seorang perindu

Wednesday, January 17, 2007

Oh Tuhan

Oh Tuhan! rindunya aku padanya.........

Friday, January 05, 2007

Dikandung Badan


Bila kasih sayang ikut-ikutan
Sekadar jalan-jalanan

Bila kasih sayang ikut nafsu
Pertengahan jalan akan lesu

Bila kasih sayang ikut perasaan
Habis madu sepah dibuang

Bila kasih sayang anugerah Tuhan
Selagi hayat dikandung badan

Walaupun awak sudah berpunya
Kasih sayang kita tetap serupa
Kerana ianya kurnia Illahi

Bila awak gembira
Kita juga akan tumpang gembira

Bila awak bersedih
Kita juga akan turut bersedih

Bila awak memerlukan pertolongan
Kitalah orang pertama yang akan menghulurkan tangan
Kerana kita sentiasa ada bersama awak
Dengan iringan doa
Kebahagiaan untuk awak sekeluarga
Selamanya

Thursday, January 04, 2007

Layari

Sebenarnya kita sgt sibuk di awal tahun ini. Byk kerja yg bos bagi. Bila ada kesempatan kita tetap layari "lisaperindu" kerana di sinilah kasih-sayang berputik dan terus mekar hingga skrg. Hati kita masih mcm dulu, w/pun kita tau awk skrg sudah berpunya. Kita masih sayang awk dan kita doakan awk berbahagia hingga ke anak cucu.

Dari sahabat yg sangat menyayangi awak.