Marwah Ibu Bapa
Lisa,
Jika aku dibenarkan untuk memberi nasihat kepadamu, aku sangat suka untuk mengatakan “jagalah nama baik dan marwah ibu bapa di masa terang dan di masa gelap di masa keramaian dan di masa kesunyian”.
Mengikat tali pertunangan bukan satu lesen mutlak kerana yang halal tetap halal dan yang haram tetap haram.
Berhati-hatilah...
Buah ganja makan dikikir
Dibawa orang dari hulu
Barang kerja hendak difikir
Supaya jangan mendapat malu
Tingkah laku tidak kelulu
Perkataan kasar keluar selalu
Tidak memikirkan aib dan malu
Bencilah orang hilir dan hulu
Nasihat ini dari orang yg sangat menyangimu Lisa

0 Comments:
Post a Comment
<< Home