LISA MUDIANA MUDIN

Kita Sayang Awak Lisa, Forever. Jika Awak Sudi, Kita Ingin Mengambil Awak Jadi Ratu Hati Kita.

Tuesday, November 28, 2006

Tidak kulupa


Tidak pernah kulupa
Kau selalu menggembirakanku
Setiap kali aku bersedih
Bila mengenangkanmu
Hatiku bertukar menjadi gembira

Tak pernah kulupa
Semua kenangan yang pernah
Kita kongsi bersama
Kau adalah waktu yang terbaik
Pernah terjadi dalam hidupku

Lisa
Kutujukan puisi ini istimewa untukmu
Sebagai tanda betapa bermaknanya kau bagi diriku
Aku amat mencintaimu

Kau selalu jadi yang teristimewa
Teguh dalam hatiku
Meskipun kita tak bisa berjumpa
Namun aku percaya
Di suatu masa
Hari bahagia itu akan muncul jua
Kerna kaulah cintaku
Dan yang teristimewa

Monday, November 27, 2006

Lisa


Ingin aku memberitahu mu
Kau adalah sumber inspirasiku
Impianku,"yang terpenting di atas segalanya"
Kehadiranmu dalam hidupku
Cahaya penerangku, siang dan malamku
Kau sungguh istimewa bagiku

Kian hari cintaku kian mekar
Tapi kau takkan pernah tahu
Banyak yang tersembunyi di balik puisiku
Apa-apa yang tak bisa kuperlihatkan padamu
Ingin aku memelukmu selamanya
Kalau saja kau sambut tanganku
Aku akan mencintaimu sepenuh hatiku

Friday, November 24, 2006

Aku tertipu

Engkau Sangka Musuh Merosakkan Engkau
Engkau selalu menyangka orang lain
Akan merosakkan engkau
Engkau selalu sahaja prejudis
Dengan musuh-musuh engkau
Akan membinasakan engkau
Rupa-rupanya musuh-musuh engkau
Sekali sekala sahaja merosakkan engkau
Orang lain, adakalanya engkau yang terselamat
Daripada kejahatannya
Tapi engkau samada sedari atau tidak
Setiap hari dirosakkan oleh perkara
Yang sangat rapat dengan diri engkau
Setiap hari engkau dirosakkan
Oleh ilmu dan kepandaian engkau
Setiap masa engkau dirosakkan
Oleh nama, glamour engkau
Sering sahaja engkau dirosakkan
Oleh harta dan kekayaan engkau
Jawatan dan kekuasaan engkau itulah
Yang selalu merosakkan engkau
Amanah yang diberikan kepada engkau
Itulah yang merosakkan engkau
Cara engkau berfikir
itulah yang merosakkan engkau
Keyakinan engkau itulah
Yang merosakkan engkau
Ideologi yang ada dikepala engkau
Itulah yang merosakkan engkau
Sedangkan kalau musuh engkau
merosakkan engkau mudah kau sedar
Orang lain merosakkan engkau
Cepat engkau dapat mengesannya
Tapi kalau ilmu, harta, pangkat, kekuasaan,
Nama dan glamor yang merosakkan engkau
Payah hendak engkau insaf dan sedar
Engkau tidak terasa dirosakkan olehnya
Engkau rasa itu semua nya adalah kejayaan engkau
Itu semuanya adalah kejayaan yang engkau tempa
Dan kejayaan yang engkau buat
Di dalam kehidupan engkau
Engkau rasa telah berjaya
di dalam kehidupan engkau
Kerana itulah payah hendak engkau sedar
Engkau rasa itu adalah satu kejayaan
dan bukan kerosakkan
Engkau tertipu di dalam kehidupan engkau.

Friday, November 10, 2006

Seribu tahun


Duhai pujaanku hatiku
Lisa Mudiana
Ingatlah
Walau apa pun yang kau buat
Walau di mana kau berada
Walau seribu tahun lamanya
Kasih sayang ku
Tetap bersama mu
Akan jadi peneman dirimu
Walaupun aku tidak dipedulikan
Kerana kau sangat istimewa
Kerana hati resah gelisah
Kerana hati dilanda rindu
Kau tetap ku tunggu
Hingga semua cinta mu milikku

Thursday, November 09, 2006

Di diri ini


Lisa Mudiana
Walaupun aku telah tersedar
Dari lamunan
Masih ku tak berdaya
Melupakan mu
Di hatiku berkata
Aku masih sayang
Aku masih merindui mu

Di hati ini
Tiada mainan
Semuanya benar belaka
Namun kau tak mengerti
Apakah sebenarnya yang telah terjadi
Pada hati ini

Di diri ini
Wajahmu terlukis di hati
Tidak terdaya
Untuk mengundur diri
Kerana kau sentiasa di hati
Tiada kekuatan di diri ini
Kuharapkan kau kan berubah hati
Semoga kau kan kembali

Ku tunggu
Saat yang bahgia itu

Wednesday, November 08, 2006

Rindunya


Lisa!!! Kite rindu awakkkkkkkkkkk.............

Tuesday, November 07, 2006

I care about you


Wherenever you're down,
always remember that
there's always be someone
who cares about you...
So be optimistic,
be positive,
be patient,
be confident,
Have trust in Allah!!!

Wednesday, November 01, 2006

Sendiri begini

Sendiri begini
menyayangi mu
mengasihi mu
merindui mu
mencintai mu

Sendiri begini
dalam waktu yang terlewat
mencari bahagia di hujung waktu yang bersisa
berlari mengutip setiap embun rindu
demi menghilangkan dahaga jiwa.

Sendiri begini
masih juga menyebut namamu
masih menyandar harapan menggunung
wajah mu sentiasa terbayang di mataku

Sendiri begini
malam yang tiada pernah lena
hanya berlagu sendu dan hiba
Walaupun aku tau
Hanya aku sendiri yang memiliki rasa itu

Sendiri begini
sesekali bicaraku pada diri,
tabahlah duhai hati yg menangis
meski kau menjerit, ia tak akan berpaling