LISA MUDIANA MUDIN

Kita Sayang Awak Lisa, Forever. Jika Awak Sudi, Kita Ingin Mengambil Awak Jadi Ratu Hati Kita.

Friday, May 19, 2006

Relaku tunggu

Bekerlipan bintang menghiasi langit
Hanya satu bintang di hati
Hanya wajahmu terbayang di mata
Penawar rindu penawan kalbuku

Hadirmu dalam hidupku
Membawakan cahaya sinar mesramu
Kau selalu hadir dalam mimpiku
Bersama hadirnya irama kerinduan
Kini dirimu ku rindui selalu

Di mataku kau berbeza amat
Kilauanmu menyentuh jiwa dan raga
Kaulah bintang diliputi cahaya
Menjadikan aku seorang perindu

Kaulah bintang hati penyeri jiwa
Ku tebarkan kasih sayangku
Setiap saat setiap waktu berlalu
Akan kurelakan semuanya
Kerana...
Engkau tetap ku tunggu

Gadis pilihanku

Berjuta juta bintang di langit
Mana nak sama bulan mengambang
Berjuta juta gadis genit
Mana nak sama awak seorang

Memang ada planet Jupita
Tercatat dalam kitab dan buku
Hanya dikau dalam sejuta
Tetap menjadi gadis pilihanku

Tuesday, May 16, 2006

Bintang hatiku

Rasa rindu sentiasa hadir
Tetap setia tertancap di hati
Kasih sayang amat mendalam
Tetap menjadi bintang di hati
Di jiwaku mendambakanmu

Bersemi kasih sayang nan berpanjangan
Mengiring rindu di taman hati
Hanya takdir menentukannya
Membenarkan segala impianku

Kau tahu betapa kusayang padamu
Di saat ini ku terpukau
Betapa ku merindukanmu
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu dengan penuh mesra

Walau berjuta bintang di langit
Kau tetap bintang hati
Bertakhta di jiwaku
Kerana kau yang ku cinta
Betapa aku mengharap
Untuk bersama mu
Selamanya

Monday, May 15, 2006

Membelai rinduku

Lisa ...
Ku sayangi kau sepenuh hati
Ku kasihi kau sepenuh jiwa
Alam semesta sebagai buktinya
Kan ku pelawa mereka dalam sajak puisiku
Agar mereka turut menyaksikan
Betapa aku menyangimu
Betapa aku mengasihimu
Betapa aku sedang merindui mu

Terangilah bulan dia untukku
Inginku sunting kau jadi milikku
Milik yang paling kukasih
Kan ku jaga kau dengan penuh kasih sayangku

Berkeliplah bintang bintang dia untukku
Inginku sunting kau jadi milikku
Milik yang paling kusayang
Kan ku jaga kau dengan penuh kasih sayangku

Belailah angin dia untukku
Inginku sunting kau jadi milikku
Milik yang paling kurindu
Kan ku jaga kau dengan penuh kasih sayangku

Menderulah bayu dia untukku
Inginku sunting kau jadi milikku
Milik yang paling kucinta
Kan ku jaga kau dengan penuh kasih sayangku

Menderu membelai bayu dia untukku
Inginku sunting kau jadi milikku
Agarku dapat tempat ku bermanja
Kan ku jaga kau dengan penuh kasih sayangku

Juwita hatiku

Dah tiga hari aku bercuti
Namun hatiku tidak cuti
Ingatanku tertumpu pada mu Lisa
Terasa rindu yang amat sangat
Ternampak nampak senyum manismu
Menawan sukmaku
Menghiasi indah jambangan hati
Hingga mengusik jiwaku

Walau pun kau jauh di mata
Tapi kau sangat dekat di hati
Sentiasa ada bersamaku
Duhai juwita permata hatiku
Engkauku sayangi sepenuh jiwa
Walaupun kau jauh di seberang sana
Ingatan hatiku sentiasa denganmu
Kerana ...
Kau sangat istimewa bagiku
Kerana ...
Hati ini sangat kasih kepadamu Lisa

Thursday, May 11, 2006

Alhamdulillah

Alhamdulillah
Terima kasih Ya Tuhan
Dia permata hatiku
Atas anugerahMu
Tak terhingga
Tak terduga
Membuatkan hari-hariku penuh bahagia

Alhamdulillah
Terima kasih Ya Tuhan
Dia permata hatiku
Kau beri aku waktu
Kau beri aku kekuatan
Untuk mengasihinya
Walau sekadar mimpi yang indah

Alhamdulillah
Terima kasih Ya Tuhan
Dia permata hatiku
Dan puisi-puisi dalam blog ini
Buktikan kasih sayangku
Kepadanya

Alhamdulillah
Terima kasih Ya Tuhan
Dia permata hatiku
Begitu indahnya mewarnakan hari-hariku
Membuatkan aku tersenyum gembira

Alhamdulillah
Terima kasih Ya Tuhan
Dia permata hatiku
Betapa bahagia bersamanya
Walau jarak pisahkan kami

Alhamdulillah
Terima kasih Ya Tuhan
Dia permata hatiku
Betapa aku berharap untuk bersamanya,
Walaupun Kau hanya memberi
Hayal dan mimpi

Alhamdulillah
Terima kasih Ya Tuhan
Dia permata hatiku
Ku sayangi dia sepenuh hati
Ku ingin ia selalu gembira
Ku ingin dia selalu ceria
Tak sekalipun bermuram durja
Jangan juga berhati hiba

Alhamdulillah
Terima kasih Ya Tuhan
Dia permata hatiku
Selalu ku merinduinya
Tak dapat aku tak turut pintanya.

Alhamdulillah
Terima kasih Ya Tuhan
Dia permata hatiku
Tak sanggup aku tanpa dia,
Ataupun aku ditinggalkan dia.

Alhamdulillah
Terima kasih Ya Tuhan
Dia permata hatiku
Pintaku padaMu Yang Maha Kuasa,
Kekalkan kasih sayangku padanya

Tuesday, May 09, 2006

Aku jadi risau

Hari ni aku benar-benar merindui mu. Dah dua hari aku tak nampak kau. Aku jadi gelisah, risau dan tak keruan. Mengapa tidak krn kau tidak dapat aku kesan. Adakah kau tak sihat hinggakan aku tak nampak kau online? Dah dua hari aku tak nampak kau. Aku betul-betul terdesak, hinggakan aku terpaksa sms dan fon kau untuk bertanya khabar? Alhamdulillah! Lege bile aku dengar suara kau. Kau sihat! Syukur Alhamdulillah.

Kite sayang awak dan awk sentiasa ada dengan kite.

Tuesday, May 02, 2006

Halaman hatiku

Assalamu'alaikum Lisa Mudiana...
Kau amat ku sayangi
Dan amat istimewa bagiku
Ku iringkan salam kerinduan
Ku lakarkan dengan tinta cinta
Sepenuh hati untukmu, sayang!

Ku belai halaman cinta ini
Ku dandani dan ku cantikkannya saban hari
Ku rawat bila dia kegeringan
Kerana kerinduan yang mendalam
Seperti api dalam sekam

Tahukah kau
Kini dia semakin sasa
Kini dia semakin perkasa
Perkasa dalam mengharungi tsunami takdir
Maju dan terus maju
Seperti pendekar di medan perjuangan
Bagi mengapai kegilaan cinta

Dan kini kupersembahkan
Kepada mu
Dengan rasa tulus
Ku pamirkan keikhlasannya
Ku pupukkan kesefahamannya
Ku didik kemesraannya
Sebuah karunia yang tiada terperikan
Salju rindu halaman hatiku ...