Dalam aman
Semalam hari cuti
Tapi hatiku tidak cuti
Kerana aku asyik mengingati dia
Malahan hatiku berlagu rindu
Mengapa tidak
Kerana aku tidak mendapat perkhabarannya
Sihatkah dia
Sudah makankah dia
Dia tengah buat apa?
Dan macam-macam pertanyaan dalam diri ini...
Kalau dulu...
Aku ada kekuatan untuk fon dia
Kalau dulu...
Aku ada energi untuk sms dia
Kalau dulu...
Aku ada stamina untuk ym dia
Tapi tidak sekarang
Kerana yang tinggal padaku
Hanya rasa kasih sayang padanya
Rasa rindu padanya
Malahan rasa cinta pun sudah berputik
Rasa ini masih tidak berubah
Rasa ini masih seperti dulu dulu jugak
Malahan hatiku bertambah berani
Dalam keadaan aman
Sanggup untuk bertanggung jawab ke atasnya
Di dunia dan akhirat

0 Comments:
Post a Comment
<< Home