Tips cinta
Sekiranya kamu dapati dirimu menyintai seseorang yang tak membalas cintamu, janganlah merasa tersisih. Tiada salahnya menyintai seseorang kerana cinta tak memilih untuk singgah di hati seseorang.
Sekiranya kamu dicintai oleh seseorang yang tak kamu cintai, anggaplah ia satu penghormatan buat dirimu tapi kembalikan penghormatan tu dengan cara yang ikhlas dan jujur. Jangan ambil kesempatan dan janganlah melukakan.
Bagaimana kamu mengurus cinta, begitulah jua kamu mengurusi dirimu. Setiap hati dan prasaan mengalami kepedihan dan kebahgiaan yang serupa sekalipun cara kita mengendalikannya berbeza.
Sekiranya! kita bercinta dengan seseorang yg begitu menyintai diri kita dan tiba-tiba cinta memilih untuk pergi,
tiada siapa yang harus dipersalahkan... relakanlah cinta itu pergi.
Kerana setiap yang berlaku ada maksud yang tersembunyi dan kita akan menyedari apabila masa silih berganti.
Ingatlah bahawa jangan terlalu memilih cinta. Kerana cinta sendiri akan memilih untuk singgah dihati sesiapa. Kamu hanya perlu menerima kehadiran cinta dengan segala misteri di dalamnya apabila ia datang mengetuk pintu hati mu. Nikmatinya sebagaimana ia membuat hidup mu ceria dan bahagia...
Cinta sentiasa dan selamanya akan menjadi misteri. Bersyukurlah kerana ianya pernah singgah di hati
mu..

0 Comments:
Post a Comment
<< Home