Paparan Cinta
BERBICARA soal cinta, pasti apa yang terbayang dalam fikiran kita ialah kisah percintaan Romeo dan Juliet, Mark Antony dan Cleopatra, Qaisy dan Laila, Uda dan Dara serta Hang Tuah dan Puteri Gunung Ledang. Kemudian terbayang pula pertemuan asyik maksyuk, derita cinta, tinggal saudara, kehadiran orang ketiga dan pengorbanan cinta.
Itulah story board yang kebiasaannya tergambar dalam mindset bila kita sebut pasal cinta. Kita sudah ada gambaran kekal bila sebut tentang keagungan cinta, daripada Titanic yang tenggelam hinggalah Gunung Ledang yang menjulang.
Lalu bagaimana pula bercinta dalam Islam? Kabur. Kadangkala disebut juga kisah Nabi Yusuf dan Zulaikha, Nabi Sulaiman dan Balqis, tetapi hanya sekadar menyebut nama tanpa mengetahui rupa sebenar cinta mereka? Apakah prinsipnya? Apakah pendekatannya? Apakah sama erti ‘rindu’ para salafussoleh dengan ‘rindu’ yang disebut dalam cinta remaja kini?
Bagaimana bercinta secara Islam? Apakah ia praktik dilaksanakan masa kini?.
Selain itu, kerana kebimbangan tentang versi cinta ala Hollywood Bollywood Banglawood yang telah begitu mendominasikan kehidupan remaja masa kini ramailah orang-orang terpanggil untuk membetulkan semula prinsip, pendekatan dan citra cinta remaja hari ini.
Kite tinggalkan sementara kisah cinta remaja dan cuba kita jelujuri madah cinta ini.
Memang menyakitkan ketika kita mencintai seseorang, namun ia tak
membalasnya, tetapi yang lebih menyakitkan adalah ketika kita mencintai
seseorang dan kita tidak pernah dapat menemukan keberanian untuk
mengungkapkan perasaan kita padanya.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home