LISA MUDIANA MUDIN

Kita Sayang Awak Lisa, Forever. Jika Awak Sudi, Kita Ingin Mengambil Awak Jadi Ratu Hati Kita.

Monday, March 13, 2006

Hukum Cinta

Kata cinta sering diucapkan, namun tidak sedikit orang yang salah mengartikannya. Salah tafsir terhadap cinta mendorong kepada salah tindakan. Cinta yang mahal dan murni menjadi sesuatu yang termurah dan tercemar. Kerap kali, cinta menjadi sesuatu yang pedih, jijik dan mengecewakan. Kecewa bercinta, putus cinta, 'cinta monyet' dan sebagainya sudah tidak asing lagi dikalangan remaja. Banyak orang yang menderita karena cinta. Lalu berderetlah korban cinta sepanjang zaman seperti Romeo dan Juliet, Anthony dan Cleopatra dan sebagainya.

Sebelum mengaitkan cinta dan perkawinan, lebih baik kita perjelas dulu falsafah cinta itu. Ini bukan persoalan ilmiah yang menurut pertimbangan akal kelas sarjana, tetapi pembahasan yang melibatkan fitrah dan rasa. Justru cinta adalah fitrah yang dikurniakan Tuhan kepada setiap manusia.

Ingin menyintai dan dicintai adalah keperluan yang ada sejak manusia diciptakan dan harus diisi. Hati memerlukan cinta, sama seperti jasad memerlukan makanan. Anehnya, apa yang kita rasai tidak semestinya kita fahami. Lalu apakah sebenarnya cinta itu?

Untuk mengetahui segala-galanya tentang cinta, manusia perlu merujuk kepada pencipta cinta itu sendiri yakni Allah SWT. Tuhan menciptakan cinta, maka Dialah yang Maha Mengetahui sifat dan rahsianya. Cinta itu indah kerana diciptakan oleh Allah Yang Maha Indah.

Rasulullah SAW bersabda,"Allah itu indah dan cintakan keindahan". Bukan saja indah, cinta yang diciptakan Allah itu bertujuan untuk menyelamatkan, mententeramkan dan membahagiakan manusia. Tidak kira sama ada dalam komunikasi antara manusia dengan Tuhan.

Allah SWT tidak mengurniakan rasa cinta semata-mata, tetapi Allah juga mengurniakan 'hukum' cinta yang mesti dipatuhi demi mencapai maksud penciptaannya. Dengan 'hukum' itu, Allah mengatur agar cinta sentiasa selamat dan menyelamatkan. Begitulah cinta dalam Islam, ia mempunyai kaedah dan peraturan demi menjaga kemurnian dan kesuciannya. Selagi manusia berpegang kepada peraturan ini, selagi itulah cinta terpelihara dalam sifat fitrahnya yang asal, yakni murni, indah dan mententeramkan.

Selagi cinta mematuhi hukum Allah, selagi itulah ia indah. Inilah faktor penentu keindahan cinta antara sebelum atau selepas perkawinan. Cinta adalah fitrah dari Allah yang ada aturannya. Untuk mendapat cinta yang sejati dan abadi, peraturan ini mesti dipatuhi. Peraturan pertama yang perlu dipatuhi ialah cinta itu mesti dibina atas dasar cinta Allah. Mencintai siapapun mesti kerana Allah. Namun meletakkan cinta hanya untuk dan kerana Allah tidak berarti larangan meletakkan cinta kepada yang lain. Islam membenarkan seorang ibu mencintai anaknya, seorang rakyat menyintai pemimpinnya, seorang isteri menyintai suaminya, malah seorang wanita terhadap lelaki dan sebaliknya... Tetapi dengan syarat cinta itu mestilah diletakkan atas dasar cinta Allah.

Apa tandanya kita menyintai seseorang atas dasar cinta pada Allah?

Pertama, mesti dipastikan kecintaan itu tidak melebihi cinta kepada Allah. Kita akan senantiasa mendahulukan kehendak kecintaan utama kita kepada Allah daripada kehendak kecintaan-kecintaan kita yang lain.

Kedua, cinta itu harus tidak melanggar batas-batas syariat. Jangan cinta menyebabkan kita berdosa kerana tidak melaksanakan apa yang diperintahkanNya dan melanggar apa yang dilarangNya. Apabila dua syarat ini dilanggar, maka cinta tidak akan murni dan berkekalan lagi. Inilah punca patahnya cinta selepas perkahwinan. Tetapi, sekiranya dua hukum cinta dipatuhi, maka disinilah pula letaknya keindahan cinta setelah
perkawinan.

Cintai diri sendiri
Ada pepatah lama mengatakan: “Anda tidak akan bisa membahagiakan orang lain sampai anda membahagiakan diri sendiri.” Hal ini tidak hanya akan membantu pada saat bertemu dengan seseorang yang baru tetapi juga membantu anda memulai hubungan pada saat yang tepat.

Jadilah yang terbaik
Cinta bukan hanya sekedar mencari seseorang yang akan membuat anda bahagia. Keserasian akan menghasilkan yang terbaik atau minimal mendekati kriteria ideal yang anda idamkan. Cara terbaik untuk menemukan cinta sejati adalah pintar-pintarlah memilih seseorang dan jelas mengapa anda memilihnya.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home