LISA MUDIANA MUDIN

Kita Sayang Awak Lisa, Forever. Jika Awak Sudi, Kita Ingin Mengambil Awak Jadi Ratu Hati Kita.

Sunday, March 19, 2006

Cinta Sejati

Cinta sejati ialah perasaan mendalam terhadap orang lain. Ianya:-
1. Tidak bertambah kerana kebaikan seseorang
2. Tidak juga berkurang kerana keburukan atau kekurangan orang yang dicintai
3. Cinta sejati tidak pernah terancam. Dengan kata lain, orang lain tak
dapat menggugat cinta tersebut
4. Bersangka baik terhadap pasangan (Jangan curiga, waspada takpe)
5. Sentiasa bermaaf-maafan
6. Makin lama semakin kukuh dan teguh
7. Cinta sejati tidak bersyarat
8. Seharusnya cinta sejati membawa keberkatan

Bagaimana nak mengukuhkan cinta sejati?
1) Sentiasalah berdo'a kepada Allah agar kita dikurniakan cinta sejati
2) Tuntuti perintah Allah. Amal ma'ruf nahyu mungkar. Jangan ingkar dengan
perintah Allah
3) Murah dengan puji-pujian. Sebaiknya pujian yang khusus... dan ikhlas...
4) Murah dengan khidmat
5) Banyakkan belaian (romance)
6) Sentiasa mencari kebaikan-kebaikan pasangan. Orang yang ada cinta
sejati, di dalam fikirannya penuh dengan kenangan manis
7) Cari masa untuk berkomunikasi/berbincang/ bergurau, at least 1/2 jam
sehari. Bergurau tu pulak biarlah yang diredhai Allah dan pasangan tu.
Jangan gurau yang menyakitkan hati
8) Sentiasa mencari jalan untuk memperbaiki diri sendiri. Kalau boleh
tanya pasangan tentang kebaikan/keburukan kita. Nilai diri melalui kaca mata
pasangan
9) Betulkan/ingatkan diri kita tentang priority dalam hidup ini

0 Comments:

Post a Comment

<< Home