LISA MUDIANA MUDIN

Kita Sayang Awak Lisa, Forever. Jika Awak Sudi, Kita Ingin Mengambil Awak Jadi Ratu Hati Kita.

Wednesday, March 22, 2006

Bergenang mataku

Cerita dari seorg hamba Allah.

Sebelum saya menceritakan kisah silam saya, ingin saya beritahu bukan tujuan
saya untuk mendabik dada atau menunjuk-nunjuk. Pada saya menunjuk-nunjuk
sesama manusia tidak mendatangkan apa-apa kebaikkan tapi jika kita
menunjukkan kebaikkan kita pada pencipta kita InsyaAllah akan mendapat
habuan di sana nanti.........renungkanlah.

Kisah bermula ketika saya mempunyai anak sorang. Saya mempunyai seorang
sahabat yang agak rapat juga dan saya namakan beliau sebagai Ida. Kami
sama-sama bersekolah rendah dan menengah rendah tapi saya menyambung
persekolahan di Victoria Institution dan Ida memilih untuk berkerja sambil
belajar di waktu malam. Setelah saya berumahtangga kami terputus hubungan.
Melalui rakan-rakan sekolah saya mendapat no. telephone Ida dan kami
meneruskan kembali tali silaturrahim yang terputus.

Kami mengatur perjumpaan selepas waktu pejabat dengan izin suami. Ida
memberitahu beliau telah bertunang dengan seorang engineer yang saya namakan
mamat nie sebagai Taufik malangnya mereka tinggal serumah tapi bukan berdua.
Selain mereka berdua ada dua orang engineer lagi iaitu saya namakan Hans
(bukan islam - ibu India dan ayah Cina dan tuan punya rumah) dan juga Zul.
Ketiga-tiga lelaki tersebut bekerja di tempat yang sama. Di rumah tersebut
menpunyai 4 bilik jadi mereka menghuni seorang sebilik. Ida juga akan
memasak dan mengemas untuk mereka berempat dengan rela hati dan juga di
sebelah malam samada Taufik akan menyelinap di bilik Ida ataupun sebaliknya.
Jika ada keluarga dikalangan mereka yang bertandang Ida akan menyembunyikan
diri di bilik. Menyembunyikan dari pandangan manusia tapi bagaimana dengan
pandangan Allah..........Astaghfirullahhhhh.........semuga
kita semua diberi petunjuk. Saya cuba menasihati Ida:-

Maaf ye.......peristiwa ini dah lama berlaku jadi dialognya banyak saya
ubahsuai tapi jalan cerita tetap tak lari.

Saya : Apalah kau nie Ida........sewalah rumah ngan kawan-kawan
perempuan......kau tak takut ke azab Allah.......nanti bila tunang kau dah
puas ngan kau dia tinggalkan kau........siapa rugi........yang kau dapat
dosa bertimbun-timbun......

Ida : Kolot kau nie Su dari sekolah sampai sekarang tak habis-habis macam
katak bawah tempurung nama jer orang KL.

Saya : Kau ingat orang KL semuanya macam kau? Kau nak kata aku
kolot.....suka hati kau tapi aku lebih suka jadi kolot dari buat zina.

Ida : Oi kawan.......(dia nie memang brutal sikit kalau cakap tak berlapik
ikut sedap mulut jer) kau nak suruh aku jadi macam kau........lepas kawin
jadi kilang buat anak pergi kerja balik kerja..........sorrylah.....aku
kalau aku kawin nanti......aku nak enjoy dulu...... tak nak
mengandung...........

Selepas peristiwa tersebut Ida jadi rapat semula dengan saya. Pada suatu
petang Ida menghubungi saya untuk bertemu:-

Ida : Su, aku bengang betul sekarang nie.........bulan lepas Taufik demam
panas, aku hantar ke klinik tapi klinik reject suruh pergi ke hospital
(hospital Universiti). Kau tahu....... doktor yang merawat dia tu......kawan
satu U dengan dia.....sampai hari nie diorang kamceng habis..... bergayut
kat talipon macam aku nie tak wujud jer........dah lah tu......selalu keluar
dating bila aku nak ikut dia tengkingnya aku.

Saya : Kan aku dah bagitau.......bila dia dah puas ratah kau dia akan campak
kau ke tepi..... taubatlah Ida sebelum kau terlambat.

Ida : Entahlah Su....aku sayang sangat kat dia......bila aku ajak dia
nikah....dia suruh aku sabar. Nak kata tak ada duit, gaji dia ribu-ribu.....

Saya : Kalau kau tak buat keputusan sekarang, kau akan menyesal
nanti.........sampai bila kau nak melakukan maksiat....

Selang tak berapa lama, Ida beritahu saya tunangnya Taufik telah ditangkap
khalwat dengan doktor - teman wanitanya dan mereka juga telah dipaksa nikah
oleh ayah doktor tersebut. Selepas ditangkap khalwat, Taufik telah berpindah
rumah dan tinggallah Ida bersama kedua-dua lelaki teman serumahnya. Ida
menjadi semakin liar. Suatu hari Ida telah datang ke office saya dan memberi
0le-ole dari Indonesia:

Saya : Cantiknya kain nie Ida........mana kau beli?

Ida : (dengan muka selamba) kat Indon......aku baru balik dari Indon ikut
boss aku melawat kilang kat sana.

Saya : Berapa hari kau kat sana? Aku talipon office kau diorang kata kau
cuti. Selalunya kalau kau cuti kau beritahu aku......susah hati aku tahu
tak?.........aku risau kalau terjadi yang tak baik kat kau......

Ida : Dah terjadi pun......

Saya : (terkejut dan blurrrrrr) Terjadi apa Ida? Kau.....kau.....kauuuuuu

Ida : Yang kau gagap-gagap nie apsal? Entahlah Su....selalunya kalau aku
ikut boss aku ke mana-mana kami akan tinggal bilik berasingan tapi kali
nie........aku diam je bila dia book satu bilik je.....kau faham jer lah
kalau dah tinggal sebilik......aku tak terdaya nak kawal diri
aku............Aku jahat kan Su.........kau untung ada suami, ada anak.....
aku......... hidup terumbang ambing....aku benci dengan ketentuan hidup
aku.....

Saya : Kau tak jahat tapi kau tewas pada bisikan syaitan......sebabnya kau
tewas........kau tak dekatkan diri kau pada Allah........kau tak bimbing
diri kau kearah kebaikkan.....kau biarkan syaitan menghasut
kau........PAHALA JIHAD ORANG PERGI BERPERANG MENEGAKKAN ISLAM HANYA SEMASA
DIA BERPERANG TAPI JIHAD MELAWAN HAWA NAFSU AKAN MENDAPAT PAHALA SELAGI KITA
TAK TUNDUK PADA NAFSU.

Ida : Eh!!!!....kau faham tak aku kata aku tak terdaya..............kalau
dapat suami macam kau.....aku akan berubah Su.....kau ingat aku suka jadi
macam nie........aku juga ada impian untuk ada suami mungkin ada anak
juga.......tapi bila.......bila Su......

Saya telah menghubungi rakan serumah Ida iaitu Hans agar Hans dapat menjadi
telinga dan mata saya agar dapat memerhatikan gerak-geri Ida. Dalam
perbualan kami, Ida seolah-olah seperti putus asa. Pada suatu hari Hans
telah datang ke rumah saya:-

Hans : Bang (suami saya) Su ada?

Suami : Ada....nape Hans? cemas jer......ada berita tak baik ke?

Hans : Pasal Ida......dia kadang-kadang balik kadang-kadang tak. Kalau balik
pun subuh baru sampai rumah. Merokok jangan cerita lagilah..........

Suami : Astaghfirullah........apa nak jadi perempuan sorang tu.........

Hans : Dia selalu pergi ke pub.......saya pernah ekori dia..........

Suami : Kenapa awak ekori dia Hans?

Hans : Su suruh saya buat macam tu....supaya Su tahu pergerakkan Ida........

Suami : Kita kena cari jalan untuk bawa balik dia ke pangkal jalan.

Hans : Su, Ida selalu balik dalam keadaan mabuk......

Saya : Awak biar betul Hans.....tak kan dia minum lak sekarang nie.....

Suami : Itu bukan perkara mustahil kalau dah ke tempat maksiat......

Saya : Bang......jom kita pergi cari dia....Su rasa dah jadi tanggungjawab
kita sebab dia pernah kata dia nak berubah tapi dia tak terdaya lawan hawa
nafsu dia.......tolonglah bang......(masa tu dah hampir tengah malam)

Kami berempat termasuk baby saya telah pergi ke pub tempat yang disebut oleh
Hans. Suami menunggu dalam kereta kerana menjaga baby kami. Suami telah
meminta Hans menemankan saya masuk ke dalam pub tersebut. Bayangkanlah
dengan pakaian kelambu saya melangkah masuk ke pub yang dah 100% pengunjung
perempuannya memakai pakaian yang kurang kain. Mata banyak tertumpu pada
saya. Pening kepala saya masa tu......dah lah suasana malap lampu warna
warni berpusing-pusing.

Sebusuk-busuk bau dalam pub tu. Dalam keadaan macam tu saya dah tak kenal
Ida lagi. Bijik mata terkedip-kedip, saya lak yang mabuk warna. Dengan
bantuan Hans, saya dapat mengecam Ida. Entah dari mana kekuatan yang saya
dapat:-

Saya : Ida!!!!!panggggggggggg ( Ida saya tempeleng. Perbuatan yang tak
pernah saya lakukan dan sehingga hari ini saya menyesal menempeleng Ida.
Kesabaran saya hilang apabila melihat pakaiannya yang menjolok mata dan
sedang bercumbu dengan lelaki lebih-lebih lagi tangan lelaki tersebut sedang
menyeluk skirt pendek Ida. Saya merentap tangan Ida dan mengheretnya keluar.
Hans pula sedang bertengkar dengan lelaki yang mencumbui Ida tadi).

Ida : Ehhhh.....Su kau gila ker.........heret aku macam nie..... (rupanya
Ida dah mabuk sakan)

Saya menolak Ida ke dalam kereta dan kami semua pulang ke rumah saya. Di
dalam perjalanan Ida telah termuntah di dalam kereta. Bayangkanlah orang
sedang mabuk arak muntah.......... terkena pulak pada pakaian saya. Dek
kerana tak tahan dengan bau muntahnya.....saya lak yang muntah. Dalam
perjalanan pulang Hans yang memandu kerana suami saya meriba baby kami. Hans
telah memandu ke petrol station untuk kami membersihkan muntah. Ketika itu
hampir dinihari. Apabila sampai ke rumah saya menarik Ida ke dalam bilik
air. Yang kelakarnya datang lak idea untuk memandikan Ida dengan air di
dalam peti ais..... Ida menjerit-jerit kesejukkan. Hans pulang ke rumah dan
Ida tidur di rumah saya. Keesokkan harinya saya mengambil cuti kecemasan
untuk menemani Ida kerana saya khuatir Ida akan melakukan perkara yang tidak
baik.

Saya : Macamana kau rasa sekarang????

Ida : Aku malu dengan kau....Su, dengan suami kau.....dengan Hans.......

Saya : Buat apa nak malu ngan kami semua......sepatutnya kau malu pada tuhan
kau.....

Ida : Aku rasa terlalu kecewa. Kadang-kadang aku terfikir
untuk...........untuk........

Saya : Untuk apa?.......nak bunuh diri? Kau ingat mati dalam keadaan kau
sekarang.....kau selamat...........kau terus dicampak dalam api neraka tau
tak? Apa yang perlu kau buat sekarang ialah bertaubat.......Allah itu Maha
Pengampun, Maha Penyayang.......taubatlah Ida.....

Ida : Arghhhhhhhh........kau ingat dengan taubat Taufik akan datang balik
pada aku....... sudahlah Su.........aku rasa macam nak masuk kristian
jer........sebab........... (sekali lagi penampar saya hinggap ke muka Ida.
Kami sama-sama menangis.)

Selepas dari kejadian itu Ida jarang datang ke rumah saya. Saya, suami dan
Hans berbincang untuk mencari jalan menyelamatkan Ida......

Saya : Bang!....Su rasa dengan perkahwinan saja yang dapat menyelamat Ida
kerana dia pernah memberitahu Su dia akan kembali kepangkal jalan jika
mendapat suami yang boleh membimbingnya.

Suami : Lelaki mana yang nakkan perempuan macam tu.......setakat untuk
suka-suka bolehlah....

Hans : Betul tu Su.....Ida telah jauh terpesong..........saya yang
freethinker nie pun tak buat perkara yang bodoh tu.....

Saya : Entahlah.......Su rasa kita boleh menolong dia......apakata abang
ambil dia jadi isteri kedua abang.....Su rela....bukan sebab dia kawan Su
ataupun dia seorang perempuan tapi untuk menyelamatkan akidah seorang umat
Muhammad kerana dia nak masuk kristian....... tolonglah bang......

Suami : Astaghfirullah al'azim...........dah kes berat nie.......sampai nak
tukar ugama..... tapi abang takut abang gagal membimbing dia.......besar
tanggungjawab seorang suami dalam membimbing isteri nie..............

Hans : You're crazy Su.........nak tolong kawan sampai nak serahkan suami.
Saya tak pernah dengar seorang isteri sanggup menyerahkan suami pada orang
lain. You're really crazy. This is not a jokes Su..........

Saya : Dalam islam tak ada istilah tamak/haloba. Kami penganut agama islam
diajar untuk berbuat baik sesama manusia tanpa mengira ugama inikan pulak
saudara kami seislam. Dalam islam kami yang seugama adalah saudara. Pada
awak yang tiada agama tapi bila saudara-mara awak dalam kesusahan adakah
awak akan berdiam diri?......... begitu juga pada kami.....kami WAJIB
menegakkan ugama kami dan menjaga kebajikan saudara islam kami dengan
berbagai-bagai cara. Hans........saya rasa lebih baik awak membaca buku
kaitan islam jika awak nak tahu mengapa saya sanggup menyerahkan suami saya
pada Ida. Saya bukan menyuruh awak belajar tentang islam.....awak jangan
salah faham........(saya khuatir Hans akan merasa saya memaksa beliau
memeluk islam).

Hans : Suami kan hak isteri? Saya tahu dalam islam suami boleh kawin sampai
empat......tapi awak sebagai seorang isteri tak ada ker rasa cemburu?

Saya : Semua manusia ada perasaan cemburu lebih-lebih lagi seorang isteri
seperti saya tapi menyelamat akidah saudara islam saya lebih penting dari
rasa cemburu.

Saya amat tertekan kerana majoriti keluarga di sebelah saya dan juga suami
menentang cadangan kami pada masa yang sama Ida semakin liar. Saya mendesak
suami agar mempercepatkan proses pernikahan beliau dan saya pula akan
memujuk Ida. Suami saya dalam keadaan serba salah dan kami mengambil
keputusan untuk berjumpa guru kami.

Ustaz : Kamu sanggup pikul tanggungjawab ini M (suami saya)? Ini amanah
Allah dan ini adalah ujian Allah. Jika kamu tidak sanggup lebih baik tak
usah diteruskan tapi INGAT menyelamat akidah seorang hambaAllah dan
menegakkan agamaNya menjadi kewajipan setiap umat islam. Jika kamu terima
amanah ini sempurnakanlah dengan keikhlasan dan tawadduk kepadaNya.

Suami : Saya faham ustaz tapi saya perlu sokongan daripada Su.........

Ustaz : Masaalah sekarang nie terletak di bahu kamu bukan pada Su.....samada
Su rela ataupun tidak kamu WAJIB menyempurnakan amanah ini.......tanya diri
kamu sendiri.......... selain daripada Su kamu ada masalah lain ke?

Suami : Sebenarnya ustaz keadaan ekonomi saya belum stabil untuk beristeri
lebih dari satu......(ketika itu suami baru lepas grad dan baru bekerja,
kami bernikah ketika suami di tahun akhir pengajiannya....maklumlah
kedua-duanya baru bekerja dan ekonomi kami tak sekukuh sekarang)

Ustaz : MasyaAllah.....kamu tak yakin pada Allah M? baiklah....jika kewangan
yang menjadi masalah.....saya ada rumah sewa, saya akan berikan kepada kamu
tanpa perlu membayar sewa.....apalagi........

Saya : Ustaz, pada Su kewangan tiada masalah......Su sanggup jika perempuan
tu duduk serumah dengan Su kerana lagi senang untuk Su dan abang
membimbingnya ke jalan Allah.......

Ustaz : Dengar tu M........sebenarnya kamu kena yakin Allah sentiasa bersama
kita....

Di pendekkan cerita kerana dah panjang sangat nie.........pada suatu hari
kira-kira jam 10pm suami pulang bersama Hans dengan wajah kedua-duanya amat
ceria....

Hans : Assalammualaikum Su.............(sambil tersenyum memandang saya)

Saya : (terkejut beruk makcik) masuklah.........nape tersenyum-senyum
dua-dua orang nie? Hans? awak kena loteri ke?

Hans : Loteri tu haram Su.......mana boleh orang islam berjudi.........

Saya : Ohhhh.....dah baca buku tentang islam ........dah kaji
ye.........banyak lagi yang perlu awak kaji.....islam itu indah Hans.....

Hans : Saya bukan Hans nama saya Mohammad Firdaus bin Abdullah.....Puan
Solehah....... jangan panggil saya Hans lagi....

Saya : (saya terkedu seketika sambil memandang suami dan suami tersenyum dan
mengangguk kepala) Alhamdulillah.....syukran.

Suami : Bukan itu saja Su......Firdaus telah memberitahu Abang dia ingin
menjadikan Ida isterinya.

Saya : (saya terkedu untuk kali kedua dan airmata mengalir tanpa saya sedar.
Ketika itu saya merasa amat kerdil di sisiNya. Saya amat yakin Allah
sentiasa bersama saya dan Dia Maha mengetahui keikhlasan hati saya dan
suami). Jika awak hendak memperistikan Ida atas dasar
simpati/kasihan...lebih awak lupakan saja kerana saya tak mahu dia kecewa
kali kedua..

Firdaus : Saya memeluk agama islam kerana pintu hati saya terbuka apabila
melihatkan keluhuran hati awak terhadap agama awak dan juga kehidupan
keislaman keluarga awak bukan kerana Ida. Saya ingin mempristeri Ida kerana
saya rasa Ida seorang wanita yang baik jika dipimpin ke jalan Allah......dia
bukan wanita yang tak bermoral....jika awak dan suami awak boleh menerima
Ida menjadi sebahagian dari keluarga awak......mengapa saya tak boleh
menjadikan Ida sebahagian dari kehidupan saya?. Saya ikhlas Su.......tolong
jangan pertikaikan keikhlasan saya.............

Tidak lama selepas itu Ida selamat diijabkabulkan bersama Firdaus.......Ibu
Ida amat gembira pada hari tersebut.....Alhamdulillah sehingga ke hari
pernikahan Ida ibu dan keluarganya tidak mengetahui sejarah hitam hidup
anaknya.

Di sinilah kesilapan ibubapa yang mempercayai kata anak-anak 'KAMI DAH BESAR
DAH BEKERJA DAN TAHU BURUK DAN BAIK". Kita sebagai ibubapa walaupun
anak-anak telah bekerja keperihatinan terhadap tingkahlaku kehidupan
seharian mereka perlu kita ambil perhatian. Saya selalu bertanya pada diri
saya sendiri semasa anak-anak masih kecil saya mampu memantau mereka dari
gejala buruk tapi bagaimana apabila mereka mempunyai kehidupan sendiri kelak
setelah belajar di pusat pengajian tinggi.......setelah
bekerja......mampukah saya melindungi mereka.......... menjaga
mereka.........Arghhhhhhhhhhhhh risau hati nie......walaupun anak masih
kecil......masih remaja.........YA ALLAH LINDUNGILAH ANAK-ANAKKU JADIKANLAH
MEREKA HAMBAMU YANG SOLEH DAN SOLEHAH...YA ALLAH.....MAKBULKANLAH DOA
HAMBAMU INI......AMIN.......



"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman .Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya; Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;[mukminun:1-3]

"Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka (dengan firmanNya): "Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal dari kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan, (kerana) setengah kamu (adalah keturunan) dari setengahnya yang lain; maka orang-orang yang berhijrah (kerana menyelamatkan ugamanya), dan yang diusir ke luar dari tempat tinggalnya, dan juga yang disakiti (dengan berbagai-bagai gangguan) kerana menjalankan ugamaKu, dan yang berperang (untuk mempertahankan Islam), dan yang terbunuh (gugur Syahid dalam perang Sabil) - sesungguhnya Aku akan hapuskan kesalahan-kesalahan mereka, dan sesungguhnya Aku akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, sebagai pahala dari sisi Allah. Dan di sisi Allah jualah pahala yang sebaik-baiknya (bagi mereka yang beramal soleh)". [3:195]

0 Comments:

Post a Comment

<< Home