LISA MUDIANA MUDIN

Kita Sayang Awak Lisa, Forever. Jika Awak Sudi, Kita Ingin Mengambil Awak Jadi Ratu Hati Kita.

Monday, January 23, 2006

Siapalah aku

Siapalah aku
Yang ingin menyunting kasih sayang mu
Sedangkan kau punya segalanya
Antara kita jurangnya berbeza

Kini aku tersedar
Seharusnya aku telah lama menyedari
Bahawa aku hanya insan terpinggir
Yang melukut di tepi gantang
Yang tak mampu
Untuk bergandingan denganmu
Apa lagi mengisi ruang kalbumu

Maafkan aku..
Tanpa aku menyedari
Cinta datang menyapa hatimu
Kerana cinta adalah anugerah Nya yang suci
Cinta datang tanpa diundang
Siapalah aku

Walaupun cintaku
Tak pernah bersambut
Biarlah...
Ianya akan tersimpan
Sebagai khazanah segala perasaan
Rahsia hatiku terhadapmu
Akan tetap segar selamanya

Kini..
Tahulah aku...
Siapalah aku...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home