Pesan Guru
Pesan guru: Dari Abi al-Abbas Abdillah bin Abbas r.a. telah berkata:
"saya pernah berada di belakang Nabi s.a.w. pada suatu hari, maka baginda bersabda: "hai anak! Aku akan mengajarkan engkau beberapa kalimat: "Jagalah Allah pasti Allah menjaga engkau. Jagalah Allah pasti engkau akan mendapatkanNya di hadapanmu. Jika engkau minta, mintalah tolong kepada Allah. Ketahuilah, bahawa sesungguhnya jika bersatu umat manusia untuk memberikan manfaat (kebaikan) kepadamu dengan sesuatu, nescaya tiadalah mereka dapat mencelakakan kamu kecuali dengan sesuatu yang telah ditentukan oleh Allah kepadamu, telah diangkat kalam dan telah kering (tinta) lembaran-lembaran itu."
Dan dalam riwayat selain tirmidhi:
"jagalah (peliharalah) kenangan ingatan kepada Allah, pasti engkau mendapatkan-Nya di hadapanmu. Hendaklah mengenal Allah pada masa lapang(senang), pasti Allah akan mengenal engkau pada masa sempit (susah). Ketahuilah bahawa apa yang harus menyimpang (tidak mengenai) daripadamu, tidak akan mengenai engkau, dan apa yang harus mengenai engkau tidak akan menyimpang daripadamu. Dan ketahuilah bahawa sesungguhnya kemenangan ada beserta kesabaran, dan sesungguhnya kesenangan ada beserta kesusahan dan sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan."
Pesan guru lagi: Berprasangka baiklah dengan Tuhanmu dengan sebaik-baik juga selayak-layak sangkaan...
Pesan guru: Dirimu ibarat bumi yang menerima hujan dan kemarau, ada kalanya hujan turun dengan lebat, ada kalanya renyai-renyai malahan ada kalanya hujan tidak turun langsung. Junjung tinggilah hujan rahmat yang turun kepadamu dengan sebanyak-banyak syukur dan bersabarlah dengan kekontangan yang menimpamu tanpa mengurangkan amalan dan kepercayaanmu. Sesiapa yang bersungguh-sungguh di jalanNya maka natijahnya akan diberi kemudahan dan ilmu juga pengenalan yang benar tanpa ragu...
Aku bertanya: Saya benar-benar dalam kesusahan, apa yang perlu saya buat?
Guru menjawab:Bertanyalah penyelesaiannya pada ‘yang putih suci wajahnya itu’.
Aku bertanya lagi:Siapakah dia, tuan?
Guru menjawab:Ianya ada di dalam genggamanmu sendiri cuma ramai yang tidak memandang tinggi kesucian itu.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home