SEBUAH TAKDIR
Wahai sayang ku
Ketika saatnya ku pejamkan mata ku
Aku seakan akan diberitahu
Dan dapat merasakan
Sebuah takdir
Bahawa kita diciptakan
Untuk bertemu
Untuk bersama-sama
Untuk berkasih sayang
Dari fantasi ke realiti
Dari hati terus ke jiwa
Wahai sayang ku
Hati nuraniku sudah lama terjamah
Di dalamnya kau bertakhta dengan megah
Merasakan getaran suara hati naluri mu
Dalam sebuah takdir
Yang kau diciptakan untuk aku
Untuk sentiasa bersama ku
Luahan rasa hati seorang perindu
Seperti aku

0 Comments:
Post a Comment
<< Home