Pesan Ayah Bonda
Pesan ayah bonda...
Apabila Ichah berkawan dengan lelaki
Ingatlah..
Ada dua pilihan yang terbentang
Bukan mudah buat pilihan
Untuk mencari suami idaman
Walau banyak yang Ichah temui
Tak semua boleh dipercayai
Doa ayah bonda Ichah selamat dunia akhirat
Ingatlah pesan ayah bonda
Usah Ichah layan anganmu jauh melalut
Kerana sifat lelaki manisnya di mulut
Maunya mahkotamu hendak direbut
Pesan ayah bonda lagi...
Apa yang telah kami bekalkan
Usah terburai di tengah jalan
Mau pun tersadai di tepi jalan
Habis madu sepah dibuang
Habis santan hampas tak dikenang
Ingatlah pesanan ayah bonda ini
Suruhan Allah jadikan pakaian
Larangan Allah dibuat sempadan
Di hati Ichah ada signalnya
Berdebar-debar tandanya puaka
Rasa tenang isyaratnya bahagia
Jaga maruah jagalah nama
Disebut orang selama-lama
Bila jejaka dah Ichah temui
Moga berkenan di mata dan di hati
Jika hatimu sudah terpaut
Tubuh badan mu hampir terlentuk
Wajahnya di matamu payah nak luput
Ingatan kepadanya seolah olah disebut
Segala perbuatan kepadanya tak mau dituntut
Segeralah berjumpa ayah bonda sambil melutut
Ichah tersayang
Jika pecarian mu telah berakhir
Simptom bahagia telah kau temui
Mahligai indah di singgahsana rasa
Sehati sejiwa dulu kini dan selamanya
Bawalah ke mari berjumpa ayah bonda
Rahmat hidup kalian dengan restu ini
Restu ayah bonda Allah berkati
Ingatlah Ichah sayang jangan kau lupai

0 Comments:
Post a Comment
<< Home