Inilah duniaku
Impian damai di sisimu
Inilah merdekaku
Bersamamu yang ku rindu
Dengan izin Illahi
Niat asal tetap ku kotakan
Hendaknya hajatku kesampaian
Kau di sisiku sentiasa
Di dua pertiga malam
Berdiri sehingga dinihari
Mengintai kabul Illahi
Demi menitip doa dan impian
Kau di sisiku sentiasa
Hanya usaha di jalannya Tuhan
Sepotong doa mengalir lembut
Dari hati siperindu ini
“Tuhan, bila memang itu takdir-Mu
persatukanlah kami di jalan-Mu
Kerana Kaulah Maha Berkuasa Atas Segala Sesuatu”

0 Comments:
Post a Comment
<< Home