LISA MUDIANA MUDIN

Kita Sayang Awak Lisa, Forever. Jika Awak Sudi, Kita Ingin Mengambil Awak Jadi Ratu Hati Kita.

Friday, December 23, 2005

i'm sori

Dari 20hb lagi badan dan fikiranku rasa tak seimbang. Fikiranku rasa melayang layang. Walaupun hati dan perasaanku masih kat dia tapi aku rasa tak ceria, seolah-olah macam ada sesuatu yang akan berlaku.

Sehinggalah hari semalam barulah aku tau sebabnya. Aku dengar je apa yang dia cakap kerana aku tak tau nak cakap ape-ape. Dia cakap itu, dia cakap ini. Aku mengiya tidak membangkang pun tidak kerana aku memang tidak ada idea langsung. Tapi dalam hatiku, aku tak setuju kerana aku sangat sayang kat dia. Petangnya, masa aku memandu balik rumah, fikiranku bercelaru dan ingatan aku sentiasa kat dia. Tapi insyaallah, aku masih boleh kawal kenderaan dengan baik.

Dalam perjalanan balik aku singgah kat satu restoran. Aku makan roti canai. Herm! roti canai kat sini sedap, lebih-lebih lagi kalau baru masak, rotinya lembut. Macam biasalah masa makan aku akan teringat kat dia dan makan bersama dia. Aku rasa nak antar sms kat dia. Tapi tak jadi kerana masih teringat apa yg dia mesejkan kat aku. Bila sampai rumah, aku dah tak bole tahan lagi. Aku antar juga sms kat dia. Tiada balasan dari dia. Malam tu fikiran aku lagi kacau. Sume sms aku tidak dibalasnya.

Selepas isya’ aku buke ym dan aku antar mesej kat dia, juga tiada balasan. Fikiranku makin bercelaru. Sume yang aku buat jadi tak kene. Fikiranku scattered, mcm-mcm yg timbul dalam benak otakku. Selera makan pun tumpul. Herm! sekarang dah kene kat batang hidung aku sendiri. Dulu aku buat lawak ke atas mereka yang frust. Aku teringat sebuah madah:

Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta ke dalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan.
Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan.


Untuk mententeramkan diriku, aku masuk tidur awal tapi susah nak lelap. Kejap kejap aku tenguk hs, manalah tau kot-kot ada mesej untuk aku. Begitulah sepanjang malam hingga aku terdengar azan subuh.

Aku bangun terus pergi mandi dan solat subuh. Sebelum solat subuh aku hantar sms kat dia ajak dia solat subuh sama, tapi tiada balasan.

Lepas solat aku bersiap untuk gi keje. Masa tunggu enjin kereta warm-up, aku anta sms lagi kat dia tapi masih tiada balasan. Masa tu aku bertekad nak jumpa dia. Bukan apa sekadar untuk melegekan atiku saja. Benarlah kata-kata orang-orang terdahulu:

Kalau tak jumpa orang yang kita kasih, tenguk pokok kelapa denpan rumah pun bole melegekan ati.

Aku sampai ofis lebihkurang pukul 7.30 pg dan terus buat keje yg urgent. Lepas settle keje, aku terus ke Shah Alam tapi tak jumpa dan aku balik ofis semula dalam keadaan yg teramat frust dan tension. Aku sampai ofis keje berlambak atas meja. Aku duduk jer telefon berdering, rasa nak baling fon tu. Geram! Tapi tak sampailah tahap tu, hanya geram jer. Entahlah fikiran bercelaru. Dalam keadaan tension cam ni aku tersangat sensitif, terutama perkataan “jangan” “kawan cyber” dan “tak nak jawab fon”. Aku ni teruk sket, bile fikiran tak synchronise mulalah terbabas.

Sekarang dah jadi trade mark utk aku: sbb bile awak tension MESTI kuar "DAH TAKKAN"

Aku minta maaf!




0 Comments:

Post a Comment

<< Home