LISA MUDIANA MUDIN

Kita Sayang Awak Lisa, Forever. Jika Awak Sudi, Kita Ingin Mengambil Awak Jadi Ratu Hati Kita.

Tuesday, November 29, 2005

Kejujuran Hati

Setiap patah katanya adalah benar
Setiap ungkapannya bukan dusta
Setiap melodinya jujur semata
Kerana hati perlukan ketenangan
Kerana hati orang yang merdeka

Dengan izin Ilahi
Setiap bicara akan dikotakan
Tetap setia menjaga keluhurannya
Demi cinta yang tak pernah berakhir
Suasana aman dan sangat harmonis

Bila hati mula bercanda
Ku akui aku merindukanmu
Melakukan apa yang seharusnya kuinginkan
Demi cinta yang tak pernah berakhir
Walaupun waktu berlari tiada akan kembali
Aku pun menjadi tenang bersamamu
Insyaallah........

Sunday, November 27, 2005

Bermimpikah Aku

Khas buat insan teristimewa dalam hidup ini
Lisa Mudiana bte Mudin


Sayang...
Dalam batas waktu yang cemburu
Mengertilah aku
Sayang hadir bukan paksaan
Kasih hadir bukan gurauan
Rindu hadir bukan mainan
Cinta hadir tanpa disedari
Yang menguntum tanpa batasan waktu
Tersenyum malulah aku


Khas buat insan teristimewa dalam hidup ini
Lisa Mudiana bte Mudin


Sayang...
Apa yang akan ku katakan
Apa yang akan ku bisikkan
Apa yang akan ku dawamkan
Memang tak kan kau duga sama sekali
Kerana belum pernah kau alami


Khas buat insan teristimewa dalam hidup ini
Lisa Mudiana bte Mudin


Sayang...
Tatkala aku melamarmu
Untuk dijadikan suri dan seri kamar hatiku
Aku pasti kau seram dan gugup
Mendengarnya...
Tak terjangka oleh akal
Tak terduga oleh fikir
Tak terjangkau oleh hati


Khas buat insan teristimewa dalam hidup ini
Lisa Mudiana bte Mudin


Bermimpikah aku
Bila aku mendambakan
Sinar bahagia dan ketenangan
Bersamamu sebagai isteriku


Khas buat insan teristimewa dalam hidup ini
Lisa Mudiana bte Mudin


Bermimpikah aku...
Bila aku melihat...
Tangkasnya engkau selaku suri...
Kau jaga teratak kita dengan indahnya...
Kau siraminya dengan wangian cinta dan kasih sayang....


Khas buat insan teristimewa dalam hidup ini
Lisa Mudiana bte Mudin


Bermimpikah aku
Bila aku melihat
Biarpun kau jua sibuk dengan tugas-tugas seharian mu
Kau tak pernah menjadikan kesibukanmu itu
Untuk kau lari dari amanahmu dan tanggungjawabmu


Khas buat insan teristimewa dalam hidup ini
Lisa Mudiana bte Mudin


Bermimpikah aku
Bila aku melihat
Cekalnya engkau mendidik anak-anak kita
Kau kenalkan mereka dengan Allah
Kau kenalkan mereka dengan Rasul s.a.w.
Kau kenalkan mereka dengan Ahlul Bait
Kau titipkan roh mereka dengan iman
Kau dawamkan mereka dengan zikirullah
Kau asuh mereka membaca Al Quran
Kau didik mereka dengan solat wajib dan sunat
Malah kau temani mereka mengulangkaji pelajaran di kala menjelangnya peperiksaan


Khas buat insan teristimewa dalam hidup ini
Lisa Mudiana bte Mudin


Bermimpikah aku
Bila aku melihat
Kau bangun dalam dua pertiga malam
Dengan linangan air mata kehambaan
Bermunajat kepada Ilahi
Memohon untuk keluarga tercinta
Kebaikan dunia dan akhirat


Khas buat insan teristimewa dalam hidup ini
Lisa Mudiana bte Mudin


Bermimpikah aku
Bila aku melihat
Kebenaran ungkapan keramat
Tangan yang menghayun buaian boleh menggoncang dunia
Andai Saidatina Fatimah binti Rasulullah s.a.w masih ada
Pasti beliau tersenyum bangga kerana masih ada srikandi Islam
SEPERTIMU....WAHAI ISTERIKU SAYANG...


Ya Allah Ya Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan hindarilah kami dari azab neraka.

Thursday, November 24, 2005

Bila Aku Jatuh Cinta

Bila aku jatuh cinta
Aku memang dah jatuh cinta denganmu
Akan ku ambil kau jadi isteriku
Itulah niat ku
Walaupun di dunia atau pun di akhirat

Bila aku jatuh cinta
Akan ku ambil kau jadi isteriku
Dalam aman dan harmoni
Hatta di dunia mau pun di akhirat

Allahu Ya Rabbi aku minta izin
Untuk mengambil kau jadi isteriku
Bagi merealisasikan cintaku pada mu
Jika niat ini tak tercapai di dunia
Akan ku tunggu kau di akhirat.

Ya Allah kerana aku dah jatuh cinta
Pertemukanlah kami
Anugerahkanlah aku cinta padanya
Cinta yang tak pernah pupus oleh waktu

Ya Rabbana kerana aku dah jatuh cinta
Jagalah cintaku padanya
Pertautkanlah hati kami dengan kasih sayang
Penuhilah hati kami dengan kerinduan
Selubungilah kami dengan kasih mesra Mu

Ya Allah Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun
Kukuhkanlah Ya Allah ikatannya
Kekalkanlah cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya
Penuhilah hati-hati ini dengan Nur Mu yang tiada pernah pudar
Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada Mu dan keindahan bertawakal di jalan syariatMu.
Amin !

Tuesday, November 22, 2005

Kau Yang Ku Sayang

Kau yang ku sayang
Untuk terus bersamamu
Setiap hari ku rindu
Dan terbayang wajahmu

Merindu balasan darimu
Hatiku tertawan
Engkaulah segalanya
Tak dapat ku tahan

Kau yang ku sayang
Tetap ku jaga tak akan ku lepaskan lagi
Kau satu-satunya yang kumau
Dikaulah Idaman

Kau yang ku sayang
Ingin ku melakar setia
Rindu, kasih dan sayang ku
Hanya untukmu

Tahukah kau betapa ku sayang padamu
Kau tak akan ku lepaskan lagi
Mencintaimu untuk selamanya
Memilikimu untuk selamanya
Menyayangimu untuk selamanya
Dan mengasihimu seumur hidupku
Hingga ke akhir hayatku

Thursday, November 17, 2005

Hanya Dirimu

Hanya dirimu
Terlukis terbayang terseni dalam sukmaku
Melintasi melayang saatku melamun
Terhayati bersama alunan hari-hariku
Dihiasi oleh secangkir madah
Aku sangat sayang padamu
Sesungguhnya aku masih menanti

Hanya dirimu
Terusik jiwaku untuk menyayangi
Dan membuatkan diriku merindui
Bersama cinta yang tulus dan abadi
Diuliti dengan seloka indah
Aku sangat sayang padamu
Namun...
Menanti aku dan terus menanti

Hanya dirimu
Indah terhias mengiringi alunan nada kasih
Mengenang mu dengan jutaan rindu rinduan
Teruntai terangkai di dalam secangkir kata
Aku akan setia menunggumu

Hanya dirimu
Aku menanti
Ungkapan melodi cinta kasih
Yang akan mengalun berirama bersamaku
Sesungguhnya aku hanya menginginkanmu
Tak mampu diriku tanpamu semata
Ku akan menjagamu
Selamanya sampai detik-detik akhir hidupku

Wednesday, November 16, 2005

Aku Dan Kau


Aku...
Tetap begini
Tetap menyayangimu
Tetap mengasihimu
Tetap merinduimu
Tetap tersenyum
Tetap bertampok
Tetap tabah

Kau...
Aku bisikan pada hati
Aku sedarkan pada naluri
Aku yakinkan pada jiwa
Aku tetapkan pada jasmani
Aku sayang padamu
Kau sentiasa bersama ku

Aku...
Mengira saat demi saat
Meniti masa demi masa
Menghitung hari demi hari
Menanti minggu demi minggu
Demi kasih sayang
Tidak ku hiraukan
Aku pasti akan terus menanti
Untuk memilikimu
Untuk bersama mu

Friday, November 11, 2005

Mahligai Kehidupan

Akan ku bina mahligai kehidupan ini
Dengan realiti kasih sayang yang terindah
Untuk Puteri tersayang
Agar kau bahagia selalu
Dan aku sentiasa ada di sisi

Akan ku bina mahligai kehidupan ini
Dengan realiti rindu kasih yang terindah
Untuk Ratu tersayang
Agar kau bahagia selalu
Dan aku sentiasa ada di sisi

Akan ku bina mahligai kehidupan ini
Dengan realiti kasih sayang dan rindu
Untuk mu wahai sayangku
Agar kau bahagia selalu
Dan aku sentiasa ada di sisi

Akan ku bina mahligai kehidupan ini
Seperti terbinanya Taj Mahal
Yang bukan fantasi
Bersama Laila dan Majnun
Untuk mu wahai Permaisuriku
Agar kau bahagia selalu
Dan aku sentiasa ada di sisi

Wednesday, November 09, 2005

Inilah Aku

Pertama kali aku kenalmu di alam cyber, aku takut untuk berterus terang dengan mu; Pabila aku boleh berterus terang dengan mu, aku takut untuk berjumpa dengan mu walaupun sebenarnya aku ingin berjumpa dengan mu; Dan kini... aku bukan saja takut untuk berjumpa dengan mu, malahan aku sangat-sangat takut akan kehilanganmu kerana kau telah ku nobatkan menjadiRatu Hatiku.

Permaisuri Hatiku


Kerana di persada hati ada sayang, ku lafazkan saja padamu
Kerana di hati nurani ada kasih, ku cakapkan saja padamu
Kerana di jiwa menguntum rindu, ku khabarkan saja padamu
Kerana di diri ini telah disemai benih kasih sayang

Sayang hadir bukan paksaan
Kasih hadir bukan gurauan
Rindu hadir bukan mainan
Ekspresi paling wajar dan jujur
Ia anugerah Ilahi yang tak ternilai

Kerana kita tak sayang pada semua orang
Kerana kita tak kasih pada semua orang
Kerana kita tak rindu pada semua orang
Kerana semuanya terpadu pada mu wahai Permaisuri

Bukan semua orang dapat rasa apa yang kita rasa
Bukan semua orang dapat selami apa perasaan kita
Setiap orang punya rasa yang berbeza
Ibarat pelangi yang terbias dengan warna warni
Yang pasti, ia tercipta ikhlas dari hati ke satu destinasi

Tuesday, November 08, 2005

Ratu Hatiku



Kita lukis gambar awak di langit;
angin bawa dia pergi.
Kita lukis gambar awak di pantai;
ombak bawa dia pergi.
Kita lukis gambar awak di frenster;
seseorang bawa dia pergi.
Kita lukis gambar awak di hati kita;
kekallah dia menjadi Ratu hatiku selama-lamanya.

Tuesday, November 01, 2005

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Masak Lemang sambil berdiri
Hendak makan di aidilfitri
Nak hantar kad posmen dah cuti
Mesej kat blog jer ler boleh diberi.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin