LISA MUDIANA MUDIN

Kita Sayang Awak Lisa, Forever. Jika Awak Sudi, Kita Ingin Mengambil Awak Jadi Ratu Hati Kita.

Tuesday, May 15, 2012

Itulah aku

Jangan kau marahkan aku kerana menyayangimu, sehingga kau mampu menyelami jiwaku…

Monday, October 17, 2011

Gersang

Gersang tubuh tanpa makan
Gersang bumi tanpa hujan
Gersang hati tanpa iman
Gersang jiwa tanpa amal
Gersang akal tanpa ilmu
Gersang aku tanpa mu

Friday, September 23, 2011

Selamilah Jiwaku

Jangan kau salahkan aku yang sedang merindumu,
sehingga kau mampu menyelami jiwaku

Sunday, September 04, 2011

Today

Today I caught myself smiling for no
reason... then I realized I was thinking
about you.

Sunday, July 24, 2011

Perjalanan Suci

Perjalanan Suci
Adalah perjalanan kasih
Adalah perjalanan rindu
Adalah perjalanan sayang
Menuju kepadamu

Perjalanan Suci
Adalah perjalanan syahdu
Adalah perjalanan kalbu
Adalah perjalanan hati
Menuju kepadamu

Perjalanan Suci
Perjalanan Hakiki
Perjalanan Rohani
Perjalanan Insani
Kepada mu
Yangku dambakan

Sunday, June 12, 2011

Memang Betul

Memang betul apa yang kau sangka
Aku maseh sukakan kau

Memang betul apa yang fikir
Aku maseh kasehkan kau

Memang betul apa yang kau rasa
Aku masih sayangkan kau

Memang betul apa yang kau kata
Aku masih mahukan kau

Friday, June 03, 2011

Bila Lidah Tanpa Suara

Pada hari ini
Jika kau lihat pada wajahku
Ia berbicara kaseh tanpa suara
Pancaindera untuk berkata
Aku sayang pada mu

Bukan pada lidah lagi
Kerana ia terlafaz pada sinar mata,
Ia terbukti pada getar nafas,
Ia terlindung pada ketap bibir,
Ia tersembunyi dalam kalbu yang bergelora
Ia terzahir pada genang air mata

Mengapa harus berdusta
Pada diriku dan dirimu yang punyai jiwa dan raga
Mengapa harus memaksa
Sedangkan telah ditakdirkan
Mengapa harus curiga
Hanya kerana bisik-bisik membawa sirna

Kau lihatlah kalau kau mampu
Dengan matahati kau
Betapa hebat kaseh sayangku pada mu
Ku harap kau sudi menerima ku jua
Agar perpisahan ini hanya sementara
Bertemu kembali di alam syurga.